Friday, November 20, 2009

Prestasi

Mulai 18 Nov 2009, KBK telah mula melaksanakan perkongsian pemberian markah prestasi bagi guru-guru di bawah bidang kemanusiaan. Guru-guru yang berkaitan telah diminta untuk mengisi sendiri markah prestasi mereka sebagai penilaian kendiri. Dalam masa yang sama guru-guru telah dimaklumkan bahawa markah yang telah diberi oleh mereka tidak semestinya diterima oleh pihak penilai.Pihak penilai sendiri akan "finalise" markah mereka mengikut prestasi semasa.
Sehubungan dengan itu, KBK telah meminta emel address drp guru-guru bidang kemanusiaan supaya pengisian markah boleh dibuat secara online.Guru-guru yang telah memberi maklum balas adalah Puan Rosiah,Puan Zurinawati dan Puan Siti Safiah. En Abdul Halim telah sempat mengisi markah yang dinilainya pada jam 4.30 ptg di bilik KBK.
Kaedah ini difikirkan boleh diterima pakai oleh KBK memandangkan semasa pencerapan guru diadakan,pemberian markah bagi Elemen 9 dibincangkan bersama-sama antara KBK dan guru yang dinilai. Secara tidak langsung,kaedah ini diharap dapat meningkatkan lagi pengurusan bidang kemanusiaan .
Untuk makluman,kaedah ini hanya peringkat percubaan bidang kemanusiaan sahaja bagi mewujudkan budaya kerja cemerlang secara demokrasi.

Pengumpulan Fail Panitia

Pengumpulan fail panitia telah mula dijalankan pada Rabu 18 Nov 2009 yang lalu. Terima kasih kepada panitia Sivik dan Pendidikan Agama Islam yang telah menghantar fail tepat pada masa yang diminta. Fail panitia lain telah dihantar pada hari Jumaat 20 Nov 2009. Insyaallah semakan fail akan dibuat mulai cuti sekolah nanti.
Terima kasih kepada semua KP yang telah memberikan kerjasama.

Wednesday, November 11, 2009

Fail Panitia

Semua Ketua Panitia diminta menghantar semua fail panitia mulai minggu depan mulai pd 18 Nov. Ini bertujuan untuk penyemakan fail. Ketua Panitia juga diingatkan telah meminta guru mengedarkan latihan semasa cuti kepada pelajar-pelajar. Semoga pelajar kita sentiasa cemerlang.Terima kasih di atas semua kerjasama yang telah guru-guru berikan.

Kursus Peningkatan Profesionalisme Ketua Bidang

Kursus tersebut telah diadakan dari 11 Nov hingga 13 Nov 2009 di Hotel Rosa Pasadena, Cameron Highlands. Semua Ketua Bidang daerah Hulu Selangor berkampung selama 3 hari 2 malam yang dianjurkan oleh PPD Hulu Selangor.
Pengisian program antaranya adalah P&P berkesan, Pendekatan Kaunseling dalam P&P , membina blog,kepimpinan pendidikan dan Pengurusan Pendidikan.
Ilmu berkaitan diharap dapat membantu kami mendedahkan kepada guru-guru di bawah bidang masing-masing bagi meningkatkan profesion keguruan.