Wednesday, April 7, 2010

KURSUS UNTUK KETUA PANITIA BIDANG KEMANUSIAAN 2010

Kursus telah diadakan pada 12 Mac 2010 yang lalu dengan bertujuan untuk membimbing Ketua-Ketua Panitia Bidang Kemanusiaan khususnya yang baru dilantik. Antara yang disampaikan dalam kursus tersebut adalah peranan Ketua Panitia dan pengendalian fail-fail panitia.Satu sesi memberi bimbingan bagaimana Ketua Panitia merekodkan fail surat masuk dan fail Bahan Bantu Mengajar juga telah diadakan.



Semua Surat Pekeliling telah diedarkan kepada Ketua Panitia kerana hasil semakan fail mendapati tiada bahan pekeliling yang dimasukkan dalam fail tersebut.

Ketua Panitia juga diminta menghantar fail Pekeliling yang telah direkodkan untuk semakan mulai 15 Mac- 22 Mac 2010 untuk semakan.

Tahniah kepada Pn Nurabidah(KP Bahasa Melayu) yang mengambil inisiatif turut hadir ke majlis ilmu tersebut bagi meningkatkan kemahiran mengurus panitia.

Thursday, February 18, 2010

P & P GEOGRAFI

Pada 11 Februari lalu, 2 orang guru Geografi iaitu Pn Rozlinna dan Pn Rosiah dijemput untuk melihat P&P yang dikendalikan oleh KBK di Ting 3S. P&P berpusatkan pelajar dijalankan bagi tajuk skala.
Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang. Setiap kumpulan akan diberikan kad arahan. Di dalam kad arahan tersebut,mereka perlu berbincang soalan yang diberi dan melengkapkan Lembaran A. Setelah berpuashati dgn jawapan,mereka dikehendaki mengambil sampul berwarna seperti arahan di dalam kad. Sampul berkenaan mengandungi jawapan yg tepat dan setiap kumpulan hendaklah menyemak jawapan mereka menggunakan pen merah. Bagi 3 kumpulan awal yang mendapat jawapan dengan cepat dan tepat, mereka dikehendaki menuntut hadiah misteri drp guru, Bagi kumpulan yg jawapannya silap, mereka dikehendaki mengangkat tangan dan guru akan menjalankan PATS.

Friday, November 20, 2009

Prestasi

Mulai 18 Nov 2009, KBK telah mula melaksanakan perkongsian pemberian markah prestasi bagi guru-guru di bawah bidang kemanusiaan. Guru-guru yang berkaitan telah diminta untuk mengisi sendiri markah prestasi mereka sebagai penilaian kendiri. Dalam masa yang sama guru-guru telah dimaklumkan bahawa markah yang telah diberi oleh mereka tidak semestinya diterima oleh pihak penilai.Pihak penilai sendiri akan "finalise" markah mereka mengikut prestasi semasa.
Sehubungan dengan itu, KBK telah meminta emel address drp guru-guru bidang kemanusiaan supaya pengisian markah boleh dibuat secara online.Guru-guru yang telah memberi maklum balas adalah Puan Rosiah,Puan Zurinawati dan Puan Siti Safiah. En Abdul Halim telah sempat mengisi markah yang dinilainya pada jam 4.30 ptg di bilik KBK.
Kaedah ini difikirkan boleh diterima pakai oleh KBK memandangkan semasa pencerapan guru diadakan,pemberian markah bagi Elemen 9 dibincangkan bersama-sama antara KBK dan guru yang dinilai. Secara tidak langsung,kaedah ini diharap dapat meningkatkan lagi pengurusan bidang kemanusiaan .
Untuk makluman,kaedah ini hanya peringkat percubaan bidang kemanusiaan sahaja bagi mewujudkan budaya kerja cemerlang secara demokrasi.

Pengumpulan Fail Panitia

Pengumpulan fail panitia telah mula dijalankan pada Rabu 18 Nov 2009 yang lalu. Terima kasih kepada panitia Sivik dan Pendidikan Agama Islam yang telah menghantar fail tepat pada masa yang diminta. Fail panitia lain telah dihantar pada hari Jumaat 20 Nov 2009. Insyaallah semakan fail akan dibuat mulai cuti sekolah nanti.
Terima kasih kepada semua KP yang telah memberikan kerjasama.

Wednesday, November 11, 2009

Fail Panitia

Semua Ketua Panitia diminta menghantar semua fail panitia mulai minggu depan mulai pd 18 Nov. Ini bertujuan untuk penyemakan fail. Ketua Panitia juga diingatkan telah meminta guru mengedarkan latihan semasa cuti kepada pelajar-pelajar. Semoga pelajar kita sentiasa cemerlang.Terima kasih di atas semua kerjasama yang telah guru-guru berikan.

Kursus Peningkatan Profesionalisme Ketua Bidang

Kursus tersebut telah diadakan dari 11 Nov hingga 13 Nov 2009 di Hotel Rosa Pasadena, Cameron Highlands. Semua Ketua Bidang daerah Hulu Selangor berkampung selama 3 hari 2 malam yang dianjurkan oleh PPD Hulu Selangor.
Pengisian program antaranya adalah P&P berkesan, Pendekatan Kaunseling dalam P&P , membina blog,kepimpinan pendidikan dan Pengurusan Pendidikan.
Ilmu berkaitan diharap dapat membantu kami mendedahkan kepada guru-guru di bawah bidang masing-masing bagi meningkatkan profesion keguruan.

Thursday, August 13, 2009

KAJIAN REKAAN SENI VISUAL




Pentaksiran dan penyelarasan berasaskan sekolah bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual SPM 2009 seramai 53 orang calon telah selesai dijalankan. Sasaran program ialah untuk memastikan semua calon lulus dengan cemerlang dalam mata pelajaran ini. Aktiviti dijalankan sepanjang tahun dari bulan Januari- Ogos 2009. Calon-calon telah memilih soalan 5 - Reka Corak bekas serbaguna. Semua pihak telah memberi bantuan bagi menjayakan pelaksanaan dan kejayaan program ini khususnya Pn Mazmin bt Mohd (Pengetua), Pn Zalita bt Osman (Ketua Bidang Kemanusiaan) dan Cik Zuraidah Arbaei (Ketua Panitia MP PSV) dan Guru yang dipertanggungjawabkan Pn Azura bt Draman. Tahniah kepada semua calon dari tingkatan 5KI 1 dan 5KI1 yang telah menyiapkan karya mereka dengan jaya mengikut spesifikasi yang ditetapkan.