Sunday, September 28, 2008

AKTIVITI KELAS PROJEK KHAS

Video clip sepenuhnya aktiviti Kelas Projek Khas yang berlangsung pada 24 September 2008 kendalian Pn Zalita Osman KB Kemanusiaan berkaitan menghafal fakta melalui lirik lagu boleh ditonton di ruangan PHOTO SHOT..Aktiviti KPK

Wednesday, September 3, 2008

SAMBUTAN KEMERDEKAAN KALI KE 51







Bertemakan PERPADUAN TERAS KEJAYAAN sambutan majlis berkenaan telah berlangsung di Dataran Bestari pada hari Jumaat 29 Ogos 2008. Penyelaras program dipertanggungjawabkan kepada Ketua Bidang Kemanusiaan Pn Zalita bt Osman dengan dibantu oleh Ketua Panitia dan guru-guru mata pelajaran Sejarah iaitu Pn Norhayati bt Kamaruddin, Pn Husniza bt Tahir dan Pn Siti Safiah bt Sulaiman. Jawatankuasa penyelaras program ingin merakamkan penghargaan kepada semua guru dan staf sokongan yang telah membantu bagi menjayakan program ini. Penyertaan guru dan para pelajar bagi menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan telah menjadikan sambutan hari kemerdekaan ke 51 cukup meriah dan menyeronokkan. Antara aktiviti yang sempat dijalankan adalah : Nyanyian lagu-lagu patriotik, perutusan-perutusan hari kemerdekaan, senamrobik, persembahan sketsa Pengistiharan Kemerdekaan 1957, deklamasi sajak, persembahan koir oleh kumpulan koir sekolah dibawah pimpinan En Rosli (AJK PIBG), permainan tradisional - kabadi, tarik upih pinang, futsal kain pelikat dan sepak raga bulatan. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat bagi meraikan sambutan kemerdekaan ke 51 tahun 2008. Untuk gambar-gambar kenangan sila klik pada ....photo shot