Friday, November 20, 2009

Prestasi

Mulai 18 Nov 2009, KBK telah mula melaksanakan perkongsian pemberian markah prestasi bagi guru-guru di bawah bidang kemanusiaan. Guru-guru yang berkaitan telah diminta untuk mengisi sendiri markah prestasi mereka sebagai penilaian kendiri. Dalam masa yang sama guru-guru telah dimaklumkan bahawa markah yang telah diberi oleh mereka tidak semestinya diterima oleh pihak penilai.Pihak penilai sendiri akan "finalise" markah mereka mengikut prestasi semasa.
Sehubungan dengan itu, KBK telah meminta emel address drp guru-guru bidang kemanusiaan supaya pengisian markah boleh dibuat secara online.Guru-guru yang telah memberi maklum balas adalah Puan Rosiah,Puan Zurinawati dan Puan Siti Safiah. En Abdul Halim telah sempat mengisi markah yang dinilainya pada jam 4.30 ptg di bilik KBK.
Kaedah ini difikirkan boleh diterima pakai oleh KBK memandangkan semasa pencerapan guru diadakan,pemberian markah bagi Elemen 9 dibincangkan bersama-sama antara KBK dan guru yang dinilai. Secara tidak langsung,kaedah ini diharap dapat meningkatkan lagi pengurusan bidang kemanusiaan .
Untuk makluman,kaedah ini hanya peringkat percubaan bidang kemanusiaan sahaja bagi mewujudkan budaya kerja cemerlang secara demokrasi.

Pengumpulan Fail Panitia

Pengumpulan fail panitia telah mula dijalankan pada Rabu 18 Nov 2009 yang lalu. Terima kasih kepada panitia Sivik dan Pendidikan Agama Islam yang telah menghantar fail tepat pada masa yang diminta. Fail panitia lain telah dihantar pada hari Jumaat 20 Nov 2009. Insyaallah semakan fail akan dibuat mulai cuti sekolah nanti.
Terima kasih kepada semua KP yang telah memberikan kerjasama.

Wednesday, November 11, 2009

Fail Panitia

Semua Ketua Panitia diminta menghantar semua fail panitia mulai minggu depan mulai pd 18 Nov. Ini bertujuan untuk penyemakan fail. Ketua Panitia juga diingatkan telah meminta guru mengedarkan latihan semasa cuti kepada pelajar-pelajar. Semoga pelajar kita sentiasa cemerlang.Terima kasih di atas semua kerjasama yang telah guru-guru berikan.

Kursus Peningkatan Profesionalisme Ketua Bidang

Kursus tersebut telah diadakan dari 11 Nov hingga 13 Nov 2009 di Hotel Rosa Pasadena, Cameron Highlands. Semua Ketua Bidang daerah Hulu Selangor berkampung selama 3 hari 2 malam yang dianjurkan oleh PPD Hulu Selangor.
Pengisian program antaranya adalah P&P berkesan, Pendekatan Kaunseling dalam P&P , membina blog,kepimpinan pendidikan dan Pengurusan Pendidikan.
Ilmu berkaitan diharap dapat membantu kami mendedahkan kepada guru-guru di bawah bidang masing-masing bagi meningkatkan profesion keguruan.

Thursday, August 13, 2009

KAJIAN REKAAN SENI VISUAL




Pentaksiran dan penyelarasan berasaskan sekolah bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual SPM 2009 seramai 53 orang calon telah selesai dijalankan. Sasaran program ialah untuk memastikan semua calon lulus dengan cemerlang dalam mata pelajaran ini. Aktiviti dijalankan sepanjang tahun dari bulan Januari- Ogos 2009. Calon-calon telah memilih soalan 5 - Reka Corak bekas serbaguna. Semua pihak telah memberi bantuan bagi menjayakan pelaksanaan dan kejayaan program ini khususnya Pn Mazmin bt Mohd (Pengetua), Pn Zalita bt Osman (Ketua Bidang Kemanusiaan) dan Cik Zuraidah Arbaei (Ketua Panitia MP PSV) dan Guru yang dipertanggungjawabkan Pn Azura bt Draman. Tahniah kepada semua calon dari tingkatan 5KI 1 dan 5KI1 yang telah menyiapkan karya mereka dengan jaya mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Tuesday, July 7, 2009

BUMI IBUKU

Panitia Geografi dengan kerjasama Kelab Geografi SM3KB akan mengadakan ceramah bertemakan BUMI IBUKU dalam usaha memberi kesedaran kepada warga sekolah tentang pemeliharaan alam sekitar. Ceramah akan diadakan pada 8 Julai 2009 bermula jam 3.00 petang di Dewan Bestari. Seorang penceramah jemputan akan turut hadir dalam majlis ini. . Klip video - sila klik Photo Shot - Eko Enzim

Sunday, June 21, 2009

KEM REMAJA RABBANI T3

Kem Remaja Rabbani untuk pelajar tingkatan 3 tahun ini telah berlangsung dengan jayanya dari 19 - 20 Jun 2009 (Jumaat- Sabtu) . Kem ini telah diadakan di Kem Bina Semangat Ampang Pecah. KRR adalah bertujuan memberi motivasi, kesedaran dan membentuk sahsiah yang baik di kalangan pelajar. Perserta kali ini seramai 120 orang merupakan calon PMR tahun 2009. Selepas 2 hari program berjalan lancar dan para pelajar yang terlibat telah meberi komen positif dan pihak penganjur - Unit HEM- KBK - Panitia Pendidikan Islam - mengharapkan yang terbaik untuk semua calon yang telah menjayakan program ini. Gambar-gambar menyusul..

Sunday, May 3, 2009

LAWATAN KE TAMAN ALAM KUALA SELANGOR

Lawatan anjuran Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan telah dijalankan pada 2-3 Mei 2009. Rombongan terdiri daripada 38 orang pelajar dari pelbagai tingkatan ditemani oleh 5 orang guru. Pelbagai aktiviti menarik telah diaturkan. Pada hari pertama selepas 'checkin', pelajar diberi taklimat tentang Taman Alam Kuala Selangor. Selepas makan tengahari mereka dibawa masuk menjelajah seluruh kawasan taman untuk menyaksikan sendiri usaha-usaha yang dilakukan oleh MNS untuk memulihara kawasan hutan bakau dan habitat flora faunanya. Mereka juga turut menyumbangkan tenaga untuk menjaga kebersihan kawasan bakau dengan mengutip sampah sarap yang berselerakan dibawa ombak ke pantai semasa air laut pasang.
Pada waktu malam rombongan dibawa ke Kg Kuantan bagi menyaksikan sendiri keindahan alam pada waktu malam yang diserikan oleh serangga -kelip-kelip. Pada hari kedua, selepas sarapan, pelajar terlibat dengan aktiviti Nature explorace. Aktiviti berakhir pada jam 12.30 tgh dan rombongan berangkat pulang dengan penuh ilmu baru di dada.


Wednesday, April 29, 2009

KARNIVAL SIVIK 2009





Program Karnival Sivik telah berlangsung untuk tahun 2009 hari ini bertempat di SMK & SK Bandar Baru Sungai Buaya. Pelbagai pertandingan telah dijalankan. SM3KB telah berjaya menjadi Johan dalam pertandingan tarian dan permainan congkak. Tahniah kepada pelajar dan guru pembimbing yang terlibat.

Saturday, April 4, 2009

KARNIVAL ICT 2009



Penyertaan Panitia Geografi untuk pertandingan bahan P&P digital dalam Karnival ICT yang akan berlangsung di SMAT Sabah pada 10 April 2009.