Sunday, May 3, 2009

LAWATAN KE TAMAN ALAM KUALA SELANGOR

Lawatan anjuran Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan telah dijalankan pada 2-3 Mei 2009. Rombongan terdiri daripada 38 orang pelajar dari pelbagai tingkatan ditemani oleh 5 orang guru. Pelbagai aktiviti menarik telah diaturkan. Pada hari pertama selepas 'checkin', pelajar diberi taklimat tentang Taman Alam Kuala Selangor. Selepas makan tengahari mereka dibawa masuk menjelajah seluruh kawasan taman untuk menyaksikan sendiri usaha-usaha yang dilakukan oleh MNS untuk memulihara kawasan hutan bakau dan habitat flora faunanya. Mereka juga turut menyumbangkan tenaga untuk menjaga kebersihan kawasan bakau dengan mengutip sampah sarap yang berselerakan dibawa ombak ke pantai semasa air laut pasang.
Pada waktu malam rombongan dibawa ke Kg Kuantan bagi menyaksikan sendiri keindahan alam pada waktu malam yang diserikan oleh serangga -kelip-kelip. Pada hari kedua, selepas sarapan, pelajar terlibat dengan aktiviti Nature explorace. Aktiviti berakhir pada jam 12.30 tgh dan rombongan berangkat pulang dengan penuh ilmu baru di dada.